Bagaimana Berinteraksi Dalam Klinik Ini

Assalamualaikum,

Ini adalah arahan tentatif kerana saya masih baru dalam mengendalikan site ini.  Arahan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa setelah kita  berinteraksi dan saya mempelajari perkara baru.

Saudara saudari boleh postkan masalah anda di dalam ruangan komen di bawah.  Jika saya boleh membantu, saya akan memindahkan post saudara di dalam postting baru di bawah tajuk yang bersesuaian bersama respon saya. Saudara boleh meneruskan respon saudara sehingga sesi dianggap selesai. Apabila sesi dipersetuju untuk ditamatkan oleh salah seorang, iaitu saudara atau saya, saya akan tutup post tersebut dari further comments.

Saya juga akan membenarkan komen dari pembaca lain seandainya dianggap relevan dan membantu.

Iinsyallah, kita cuba dulu. Jika sesuai kita teruskan, jika perlu buat perubahan dari segi prosidur, kita modifikasikan.

Wallahua’lam

Oktober 12, 2009. Label: . Anda ada soalan atau isu?. 1 komen.