Klinik Sahabat Irsyad dibuka

Dengan ucapan bismillahirrahmaanirrahiim, saya ingin memaklumkan kepada sahabat tawaran perkhidmatan  kaunseling Islam secara  klinik sahabat Irsyad.

1) Mulai sekarang (rasminya pada 1 ramadhan tahun ini) saya bersedia menjalankan sesi perkhidmatan kaunseling secara bersemuka di rumah saya di Jitra dan kampus Sintok, UUM. Sesi ini terhad sesuai dengan kapasiti saya. Seandainya penuh untuk minggu tersebut, klien boleh membuat temujanji untuk pembukaan minggu seterusnya.

2a) Saya juga boleh menjalankan sesi secara klinik bergerak, iaitu menjalankan temujanji pada lokasi yang saya  menjalankan   bengkel-bengkel latihan. Seandainya sahabat tidak dapat datang ke tempat saya, tuan boleh usahakan bengkel bengkel latihan untuk saya boleh berada di lokasi sahabat.

3) Seandainya sahabat ingin menjadi sukarelawan sahabat irsyad; iatu menawarkan sendiri perkhidmatan ‘irsyad’ atau kaunseling islam (secara separa profesional dan tidak perlu perlesenan) hubungi saya melalui ‘private message’ di Facebook di bawah nama  Nadiyah Elias. Kita akan mengadakan bengkel bersiri sahabat isryad dan saya akan membantu sahabat memulakan perkhidmatan irsyad  dalam kapasiti masing-masing.  (anda boleh meletakkan had yang rendah dan mampu seperti hanya satu sesi setiap minggu dan tempat dan waktu yang tertentu sahaja.) Lokasi dan no telefon, serta waktu kaunseling sahabat akan diumumkan di blog ini, di FB Page: Sahabat Irsyad. sahabat juga diminta untuk bersama dalam kumpulan perbincangan tertutup, “kumpulan Perbincangan Sahabat Irsyad”

 

Semoga Allah menerima usaha kita sebagai amalan ibadat yang diredhaiNya, dan semoga Allah membantu kita dalam usaha ini.

 

 

Jun 5, 2014. Label: , , . Uncategorized.

Tinggalkan Komen

Be the first to comment!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback URI

%d bloggers like this: