Menghentikan Tabiat Buruk

Berikut adalah nota dari seorang sahabat kita, noni . Saya bincangkan bersama di sini. Seperti yang saya nyatakan dalam page pengenalan, perbincangan kita secara umum dan bukan kaunseling sebenar, tujuan lebih kepada supaya kita semua boleh meningkatkan diri kita sendiri. bagia saudari noni dan orang lain, jika masalah berterusan dan anda memerlukan kaunseling peribadi, mohon hubungi kaunselor terdekat.

Berikut adalah petikan pesanan:

Kadangkala saya berasa buntu dengan kehidupan saya masa ni. Sejak muda lagi saya dah terjebak dalam pergaulan bebas and lost my virginity at the age of 16. Sekarang dah berumur 24 tahun dan ingin mengubah cara hidup. Tapi saya rasa susah sangat nak berubah. the good news is saya dah pun meninggalkan kehidupan liar dan bebas saya tu sejak 2 tahun lebih. tapi minda saya seperti sentiasa active dengan fantasi2 sexual. hanya apabila onani saya akan rasa puas. masalah saya lagi, saya seolah2 ketagih dengan film2 lucah. I want to stop! tapi susah..

Pertama sekali, allhamdulillah, kita bersyukur kerana saudari noni telah mengubah cara hidup menjadi insan yang lebih baik. Walaupun saudari belum mencapai ke tahap yang saudari puas hati, ikhtiar tersebut tentulah lebih baik dari  tidak berusaha untuk berubah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudari.

Perkara yang saya ingin bincangkan di sini adalah 1) identiti dan 2) mengubah tabiat buruk

Antara perkara utama yang mempengaruhi corak perlakuan kita adalah identiti diri.  Seorang yang mempunyai identiti baik akan mudah menjalankan tingkahlaku baik , begitu juga sebaliknya. Identiti terbentuk dengan tabita dan tabit terbentuk dengan tingkahlaku. Kemudian identiti mempengaruhi tabiat, dan tabiat mempengaruhi tingkahlaku. Ini berlaku secara otomatik dan sedikit demi sedikit.

Ini beerti seseorang yang baru sahaja melakukan dosa sekali lebih mudah untuk memohon ampun dan memberhentikan perbuatannya, berbandingkan dengan seseorang yang telah mempunyai identiti bahawa” saya adalah orang jahat”.

Namun, seseorang boleh juga menghentikan dengan lebih berkesan tabiat buruk jika mereka berikhtiar dalam masa yang sama untuk membinan identiti baru dengan jaya. Cuma memerlukan nawaitu dan komitmen yang lebih.

Jika kita perhatikan sejarah, sabaht di zman rasulullah SAW, boleh berubah sekelip mata dengan mengangkat syahadah sahaja. Kalau pun kita tidak boleh sehebat demikian, kita tetap juga boleh mendapat kesan yang sedemikian.

Nasihat saya kepada noni adalah untuk membina identiti baru. Antara langkah pertama adalah dengan berniat sepenuh hati untuk memulakan kehidupan baru sebagai muslim yang sempurna. Ini bermakna berjanji kepada diri untuk tidak melakukan lagi perkara yang melanggar syariat. Jika terlanggar lagi, terus bertaubat, solat taubat, dan berazam lagi- biar hingga beratus kali.

Langkah kedua selepas azam adalah menuntut  ilmu bagaimana untuk menjadi muslim yang baik. Pastikan noni ke kelas fardhu ain,  atau mana-mana agama. Adalah baik jika dapat join usrah dll. Cuma caution di sini, kadang-kadang kumpulan manusia yang berusaha ke arah agama, juga tidak sempurna dan tidak boleh menerima manusia yang berbeza dari mereka. Jika noni tinggal berdekatan, boleh join usrah saya ( saya di Jitra, kedah).

langkah 3, bina identiti baru dengan mencari sahabat baru.  hadith Rasulullah menceritakan kita dipengaruhi oleh  sahabat kita ( maaf tak sempatcari) Sebagai langkah menjaga identiti baru, tidak perlu – atau pun lebih lagi- jangan – beritahu mereka mengenai sejarah lepas noni. Contohnya dalam klinik kaunseling ini juga, saya harap noni boleh join lagi discussion tentang  peningkatan diri, tapi tak perlu lagi gunan nama noni disini, biar nama itu tinggal dengan e meal ini saja, jin discussion sebagai nama baru dan identiti baru.

Ramai dari kita kekok untuk bercakap mengenai agama, melakukan perkara yang baik-baik kerana kita rasa diri kita tidak baik. Sebenarnya kita perlu membina identiti bahawa kita baik, bukan untuk sombang dan takbur, tetapi kita baik kerana Allah suruh kita baik, jadi kita akan jadi baik.

Isu kedua adalah mengenai memberhentikan tabiat buruk. Perkara ni agak susah dan mengambil masa. Antara yang noni boleh lakukan adalah memberhentikan suber atau saluran kepada pekerjaan tak baik. Jiuga menyediakan susasan yang menyusahkan anda berbuat sedemikian.

Contohnya bagi filem lucah, dari mana noni dapat filem tersebut? -jangan jawab lah ye🙂 maksud saya, jika dibeli dari mana, jangan lagi ke tempat tersebut. Jika download dari internet, pastikan anda melayari internet hanya ditempat yang selamat, iaitu tidak ke internet cafe yang menggalakkan pornografi, jika di rumah sendiri, pastikan komputer anda di ruang orang ramai. Jikasaudari tinggal berseorangan, eloklah saudari mencari rakan berkongsi rumah supaya tidak terlalu lama bersendirian. Antara cara menghalang yang dicadangkan oleh Internet addictive anonymous adalah melantik seseorang menjadi individu yang kita bertanggungjawab memberitahu kepadanya. Contoh yang dicadangkan adalah suami atau isteri, ahli keluarga atau sahabat baik. Jika non tiada sesiapa yang boleh dijadikan sedemikian, ruangan di sini boleh dijadikan sebagi tempat menjawab mengenai tingkahlaku kita.

Rasulullullah SAW pernah menggunakan strategi sedemikian. Dalam satu hadith menceritakan mengenai seorang sahabat yang mengadu tidak boleh berhenti melakukan maksiat. Rasulullah SAW meminta beliau berjanji hanya satu perkara, iaitu tidak berbohong. Setelah ia komit sedemikian, beliau terus berhenti melakukan maksiat kerana malu takut seandainya Rasulullah SAW bertanyakan, beliau tidak boleh berbohong, dan tidak sanggup menceritakan. jadi kalau noni ingin, boleh cuba di sini, untuk memberi komen tambahan setiapmiggu atau bulan untuk menyatakan progress menjaga diri.

Namun progres terbaik adalah apabila sudah tak perlu lagi melaporkan tetapi kembali sebagi ahli yang memberi komen yang lain yang tiada kena mengena lagi dengan tabiat butuk yang lama, tetapi sebagi muslimat regular yang ingin meningkatkan diri sebagai hamba Allah.

Semoga Allah memberkati.

Januari 10, 2010. Label: , , , . Persoalan Keagamaan, Uncategorized.

2 Komen

  1. ingin bertanya replied:

    salam..ustazah,boleh saya taw ustazah wat usrah kat mana?hari apa?

    • Nadiyah replied:

      saya di JItra dan bekerja di kampus UUM. Jika berminat untuk mengikuti usrah di tempat sahabat sendiri, pm saya di fb, saya cuba daptkan naqibah yang sesuai di kawasan berdekatan sahabat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback URI

%d bloggers like this: