Berikut adalah perkongsian dari salah se…
Berikut adalah perkongsian dari salah seorang dari rakan kita.
Dr,
Saya ada satu masalah yang mungkin Dr dapat membantu saya mencari jalan penyelesaian.
Saya akan berkahwin pada Feb ini. Suami saya bekerja di Penang dan hanya akan pulang ke rumah pada hujung minggu.
Permasalahannya, saya menyewa dengan 2 orang rakan wanita bujang. Jadi adalah tidak manis jika mereka turut berada di dalam rumah tersebut ketika suami saya ada di rumah nanti. Nak menyuruh mereka berpindah saya tidak tahu bagaimana untuk berterus terang kerana mereka dari jenis yang agresif (mungkin menghamburkan kata2 pedas ditambah lagi dengan hasutan jiran). Saya hendak keluar dari rumah itu (beralah) tetapi tuan rumah tidak mengizinkan dengan alasan mereka berdua yang patut keluar kerana rumah itu disewa atas nama saya. Saya pun berat hati kerana pindah rumah mesti perlu kos yang besar tambahan pula.Lepas kahwin mana lah ada bajet. Kawan yang berdua ini pula pada pandangan saya mereka boleh menyewa berdua jadi wajarlah mereka yang mencari rumah baru. Tapi itulah.. saya tidak tahu pendekatan bagaimanakah yang harus saya gunakan untuk menyelesaikan masalah ini
Hamba Allah replied:
Pada pendapat saya tak ada masalah. Bincang dengan rakan serumah tu, boleh tak awak bawak suami semasa ketiadaan mereka. Itu pun kalau awak tak berkongsi bilik dengan mereka lah. Jangan pedulikan kata2 orang terutama jiran. Biasa lah manusia masing-masing ada kelemahan. Mahu tidak mahu awak terpaksa juga untuk berhadapan dengan mereka.. Diam tak menyelesaikan masalah. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Jika awak mahu mereka yang mencari rumah, sebaiknya awak berterus terang sebelum mereka mendengar dari mulut orang lain yang mana mungkin cerita tersebut ditokok tambah. Doa saya agar awak berjaya. jangan kerana terlalu menjaga hati orang, hati kita yang terluka dan sengsara. Wallahualam
Januari 31, 2010 at 2:47 pm. Pautan Kekal.